PELAKON Nabila Huda mendedahkan pada mulanya suaminya iaitu Mohd Izwan Johor tidak berminat dengannya pada awal perkenalan mereka.
Nabila ketika menjadi tetamu di sebuah stesen radio mengakui dia yang memulakan langkah dahulu dengan berkenalan dan membawa Izwan bertemu dengan anaknya, Keisha Laila.
“Masa perkenalan saya dengan dia itu pun dia bukan suka saya pun. Jujur dia cakap dengan saya pun, dia memang tak minat sangat. Lagi-lagi saya selebriti, kan.
“Macam artis, macam… eh tak minatlah, tak suka tapi saya yang approach dia.
"Saya kawan dengan dia dulu, berkenalan dengan dia dan kemudian saya bawa dia jumpa anak saya dulu.
“Saya nak tengok, sebab kita ni bila dah jadi single mother, the most important thing is lelaki pilihan kita tu boleh terima anak kita atau tak.
"Kalau dia tak boleh terima, dah, kau boleh berambus dari hidup aku,” katanya.
Hati Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil mula terpikat selepas melihat kemesraan Izwan bersama anak perempuannya itu dan memasang impian untuk mengahwini lelaki itu.
“Lepas itu saya cuba tengoklah, macam mana kan. Bila dia datang jumpa Keisha… ikutkan Keisha pula memang susah nak dekat dengan orang. Kemudian saya tengok, Keisha jatuh cinta terus.
“Cara dia pegang Keisha tu, saya tahu dia seorang pencinta kanak-kanak yang memang boleh dengan budak-budak. Saya dah jatuh cinta dengan dia terus waktu itu.
“Saya cakap ‘ini memang kena jadi suami aku ni, aku tak kira dia nak ke aku tak ke aku akan cuba dapatkan sampai dapat. Aku akan cari mak bapa dia’. Macam itu sekali,” kongsinya lagi.
Malah, pelakon filem Rahsia ini juga sanggup menunggu selama dua tahun dan mereka akhirnya mula bercinta selepas mendirikan rumah tangga.
“Kemudian saya tanya dia ‘bila you nak kahwin’. Lepas itu dia cakap lagi dua tahun dan saya sanggup tunggu dia. Lepas itu dia cakap ‘kau ini gila ke apa’. Yes, I am crazy.
“Saya tunggu dia, lepas dua tahun, dia terus bagi saya tarikh nikah dan tempat dekat mana. Tepat dua tahun, dan selepas kahwin barulah kita orang bercinta,” ujarnya.
Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 2015.
Sebelum itu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani pada 2008 namun perkahwinan mereka berakhir pada 2011.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia 13 tahun. -Gempak
Gempak
Sat Oct 07 2023
Abil mula terpikat selepas melihat kemesraan Izwan bersama anak perempuannya itu dan memasang impian untuk mengahwini lelaki itu. -Gempak
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
'Masa kenal, dia bukan suka saya pun' - Nabila Huda kongsi momen awal perkenalan dengan suami
Abil mula terpikat selepas melihat kemesraan Izwan bersama anak perempuannya itu dan memasang impian untuk mengahwini lelaki itu.